CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 24, 2008

Isu gender dan feminisme

Oleh Azman Ismail

A. SAMAD Said diberi penerangan oleh Intan Rafiza Abu Bakar tentang salah satu karyanya di pameran solo Pertama di galeri Shah Alam, Selangor.
PEMIKIR pascamoden, Michel Foucault telah mengemukakan satu analisis tentang motif-motif tertentu pada suatu media atau teks. Intinya ialah ‘produksi kekuasaan’ tidak bertumpu pada satu titik iaitu pihak yang dominan.
Justeru titik kekuasaan tersebut tersebar di seluruh masyarakat. Produksi kekuasaan yang terjadi kemudian adalah munculnya strategi untuk menampilkan wacana menjadikan wanita sebagai objek pemasaran dan konsumerisme.
Dalam bidang seni, wanita tetap menjadi elemen yang cukup dominan sejak era Greek kuno hingga perkembangan kesenian kontemporari.
Antiphanes seorang tokoh drama komedi Greek melontarkan pendapat yang menarik; Wanita tidak akan hidup lagi setelah kematian, kecuali dibangkitkan sebagai objek seni oleh penggiat-penggiat lelaki.
Perkembangan seni tampak moden pula memperlihatkan wanita menjadi objek yang benar-benar mengundang libido khalayak (dalam hal ini bererti libido lelaki) dengan menempatkan wanita wacana yang sensual, bukan karya seni lukisnya.
Komen:

Dalam konteks perkembangan gender dan feminisme, sejak abad 17 hingga 21 gerakan telah mencapai pasang surut dan mengalami perluasan tuntutan dan agenda perjuangan yang jauh lebih rumit.
Kaum feminis menginginkan adanya suatu perubahan pandangan dalam masyarakat mengenai kedudukan wanita yang sering dianggap di bawah laki-laki.
Sehingga tercipta suatu `pengakuan’ mengenai persamaan antara laki-laki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat, seni dan budaya.
Menghayati pameran lukisan solo, Intan Rafiza Abu Bakar, Pertama yang sedang berlangsung di Galeri Shah Alam, Selangor membuka ruang kepada gerakan feminisme ini secara tidak langsung.
Karya-karyanya yang tidak tertumpu kepada pendekatan, kaedah dan objek tertentu telah menyelami seluruh aspek tentang wanita, membangkitkan imej gender dan feminisme yang cukup kuat.
Konsep feminisme yang digunakan dalam pameran ini tidak mengambil mentah-mentah daripada wacana perjuangan gender dalam acuan istilah Barat.
Penggunaan bahan yang ditampilkan dengan pendekatan eksperimental diketengahkan dalam kerangka Malaysia yang ketara khususnya dalam kaedah penyampaian.
Kesemua karyanya seolah-olah menolak kehidupan seorang wanita yang selalu dihubungkan secara dikotomi dengan apa yang dianggap sebagai lembut, lemah, pasif dan pasrah. Inti daripada keadaan tersebut ialah struktur fizikal.
Dikotomi dan struktur fizikal tersebut akhirnya membawa hierarki dalam kehidupan sosial dalam pelbagai kebudayaan yang mendominasi warisan nilai-nilai di dunia sekarang ini.
Feminisme dan ideologi gender yang ‘disentuh’ oleh Intan Rafiza secara tidak langsung menolak pandangan tersebut dengan mengutarakan bahawa wanita tetap mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri dengan menguasai pelbagai bidang yang sebelum ini dimonopoli oleh lelaki.

Thursday, March 13, 2008

masalah suami isteri

Suami disimbah minyak panas kerana mahu bercerai
13/03/2008 3:43pm

KUANTAN 13 Mac — Seorang pemandu pelancong disimbah minyak panas di seluruh muka dan badan oleh isterinya di rumah mereka di Tanah Rata, Cameron Highlands pada Selasa lepas.
Timbalan Ketua Bahagian Jenayah dan Siasatan I Negeri, Supt Nordin Mustapha berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 37 tahun itu menyatakan hajat mahu menceraikan isterinya ketika dia pulang dari bekerja pada pukul 11 malam.
Beliau berkata, berang dengan kehendak suaminya, suri rumah yang berusia 28 tahun itu telah bertindak mengambil kuali berisi minyak panas dan terus menyimbah ke arah muka dan badan mangsa.
“Sebelum ini, isteri mangsa mengsyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain tetapi dia tidak menyangka akan diceraikan,” kata Nordin kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, melihat keadaan melecur suaminya wanita itu lantas membawanya ke Hospital Tapah untuk rawatan.
Menurut Nordin, wanita berkenaan ditahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan untuk siasatan selepas laporan dibuat oleh salah seorang anggota keluarga mangsa.
Dalam perkembangan lain Nordin berkata, lima orang termasuk dua wanita warga China berusia 20 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Lorong Seri Kuantan di sini semalam setelah dipercayai terlibat dalam pelacuran.
Tiga yang lain — dua lelaki tempatan berumur 30 dan 35 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 20 tahun — turut ditahan berkaitan kegiatan itu, kata beliau.
Katanya, polis turut menemui 12 kondom dan buku kecil dalam serbuan pukul 3.45 petang itu.- Bernamaq

komen:
banyak kes tentang masalah suami isteri. banyak faktor penyebab kenapa berlaku pertelingkahan ini. oleh itu semua pihak terutama pasangan menginsafi diri.

Suami disimbah minyak panas

Suami disimbah minyak panas kerana mahu bercerai
13/03/2008 3:43pm



KUANTAN 13 Mac — Seorang pemandu pelancong disimbah minyak panas di seluruh muka dan badan oleh isterinya di rumah mereka di Tanah Rata, Cameron Highlands pada Selasa lepas.
Timbalan Ketua Bahagian Jenayah dan Siasatan I Negeri, Supt Nordin Mustapha berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 37 tahun itu menyatakan hajat mahu menceraikan isterinya ketika dia pulang dari bekerja pada pukul 11 malam.
Beliau berkata, berang dengan kehendak suaminya, suri rumah yang berusia 28 tahun itu telah bertindak mengambil kuali berisi minyak panas dan terus menyimbah ke arah muka dan badan mangsa.
“Sebelum ini, isteri mangsa mengsyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain tetapi dia tidak menyangka akan diceraikan,” kata Nordin kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, melihat keadaan melecur suaminya wanita itu lantas membawanya ke Hospital Tapah untuk rawatan.
Menurut Nordin, wanita berkenaan ditahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan untuk siasatan selepas laporan dibuat oleh salah seorang anggota keluarga mangsa.
Dalam perkembangan lain Nordin berkata, lima orang termasuk dua wanita warga China berusia 20 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Lorong Seri Kuantan di sini semalam setelah dipercayai terlibat dalam pelacuran.
Tiga yang lain — dua lelaki tempatan berumur 30 dan 35 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 20 tahun — turut ditahan berkaitan kegiatan itu, kata beliau.
Katanya, polis turut menemui 12 kondom dan buku kecil dalam serbuan pukul 3.45 petang itu.- Bernamaq



Komen:



telah banyak aduan yang telah kita terima tentang hal antara suami isteri. banyak faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. antaranya adalah disebebkan kerana tiada persefahaman antara suami isteri. mereka walau hidup bersama namun terdaoat antara pasangan yang tidak dapat memahami antara satu sama lain. oleh itu perlu lah antara pasangan sentiasa mengambil berat aagar tidak berlaku sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.

Sastera Mampu Membentuk Jati Diri


Ramai yang mempersoalkan kepentingan subjek kesusasteraan di sekolah dengan pertanyaan adakah masih reliven sedangkan kebanyakan pelajar dikatakan hilang minat terhadap subjek itu. Namun begitu ingin ditegaskan bahawa ia sebenarnya masih berguna dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk semangat, jati diri dan kebanggaan terhadap bangsa serta negara.
Dalam kesusasteraan, ia sarat dengan elemen atau mesej untuk memdidik generasi hari ini. Jikalau semua pihak hanya ingin menumpukan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, seolah-olah kita tidak lagi memikirkan tentang persoalan maruah bangsa dan akar budaya kita sendiri.
Kesusasteraan dengan pelbagai genre seperti sajak, cerpen dan novel, masing-masing mempunyai bentuk penyampaian berbeza tapi sama matlamat iaitu mendekati elemen kemasyarakatan melalui proses pembacaan. Sebeb itulah semua pihak wajar bimbang mengenai masa depan subjek ini. Jika ia terus dipinggirkan, seoalah-olah cuba membentuk masyarakat ‘kaku’ dan tidak berperasaan.
Komen:

Masih ada cara untuk menempatkan subjek ini di hati masyarakat terutama sekali generasi muda. Antaranya menggunakan garapan yang lebih mesra pembaca dengan memberikan konotasi yang lebih mudah difahami. Karya yang sukar difahami pasti member kesan kepada minat pembaca khasnya pelajar sekolah, tapi tidak bermakna ia tidak boleh dipermudahkan. Contohnya menggarap nilai sejarah melalui fiksyen seperti novel ternyata mampu membentuk kelompok minat tersendiri. Memang tidak semua yang meminati sejarah, tapi ia masih boleh diadaptasi dalam bentuk novel dengan pembinaan watak-watak.
Meskipun tidak mudah menulis novel sejarah kerana seseorang pengarang perlu membuat kajian, usaha berterusan, melakukan penyelidikan serta menyuntik elemen menarik boleh member kejayaan. Usaha ini bagaikan menghidupkan kembali sejarah lampau yang diberi suntikan baru berbentuk fiksyen untuk member kefahaman kepada pembaca dengan jalan yang lebih mudah.
Itulah yang boleh dilakukan bagi memastikan masyarakat menerima kesusasteraan. Biar padat, ringkas tapi mampu menyampaikan maksud. Malangnya, kebanyakan pihak terutama pengarang gemar menggunakan bahasa melankolik, sukar difahami dan sebagainya, sekaligus mengagalkan usaha menarik minat masyarakat untuk membacanya. Inilah kesilapan yang sering dilakukan hingga mencetuskan bukan sahaja polemik, tapi konflik minda dikalangan masyarakat keseluruhannya.

Tidak dinafikan, sastera tentulah bermain dengan bahasa. Tetapi permainan bahasa perlulah dilaksanakan dengan bijak. Tidak salah menggunakan bahasa mudah, malah ia semakin mudah untuk difahami. Bukankah itu lebih baik berbanding penggunaan bahasa sukar yang boleh menjauhkan masyarakat daripada elemen bahasa kebangsaan sendiri.

Wednesday, March 12, 2008

Mengigat Mati

Mati adalah suatu yang pasti. Setiap makhluk yang bernyawa akan merasai kematian. Namun, marilah kita tanya diri sendiri, adakah kita sudah bersediakah kita menghadapi situasi yang pasti ini? Sesungguhnya kita tidak mengetahui bilakah tarikh dan saat kematian yang akan menjemput kita. Kita juga tidak mengetahui di bumi manakah nyawa kita akan dicabut. Beberapa ayat al-Quran menyebutkan keadaan ini, di antaranya: Firman Allah Taala, ``Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat melambatkannya barang sesaat pun, dan tidak pula dapat menyegerakannya.'' (Yunus: 49).Firman-Nya lagi, ``Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.''(An-Nisa: 78). Firman Allah Taala yang bermaksud, ``Dan tiada seorangpunyang dapat mengetahui di bumi (tempat) manakah dia akan mati.'' (Luqman:34).Dalam satu hadis Qudsi, Allah Taala berfirman, mafhumnya:

``Wahai anak Adam!Kematian itu adalah pintu, dan setiap manusia akan memasukinya.'' Inilah hakikat kematian, tiada manusia yang dapat melarikan diri darinya. Apa pun pangkat, darjat, kedudukan dan gelaran kita, namun malaikat Izrail akan mendatangi kita bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya apabila telah tiba detiknya. Bagi golongan sufi (ahli tasawuf), kematian adalahsuatu perkara yang mereka rindui dan nanti-nantikan. Ini kerana kematian adalah `jambatan' yang akan mempertemukan mereka dengan alam baru iaitu alam barzakh. Menurut pandangan ulama, di alam barzakh ini manusia sudah dapat merasakan hasil-hasil daripada segala amalan mereka sewaktu berada di alam fana (dunia) dahulu. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menggambarkan bahawa alam barzakh ini merupakan satu taman dari taman-taman syurga (bagi mereka yang beriman dan beramal soleh) atau ia juga akan menjadi satu jurang darijurang-jurang neraka (bagi mereka yang membuat maksiat dan derhaka).Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

``Seseorang ahli kubur itu akan diperlihatkan oleh Allah Taala tempat kediamannya di akhirat kelak. Sekiranya dia menjadi calon ahlisyurga, maka akan diperlihatkan syurga itu kepadanya pada setiap pagi dan petang. Sebaliknya jika dia menjadi calon ahli neraka, maka akan diperlihatkan kepadanya neraka itu pada setiap pagi dan petang.'' (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Rasulullah s.a.w. selalu mengingatkan umatnya tentang kematian serta persediaan menghadapinya. Hal ini dapat dilihat melalui hadis-hadis baginda yang banyak menyebutkan tentang hal ini.Baginda bersabda yang bermaksud, ``Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menimbulkan kezuhudan terhadap dunia.'' (Riwayat Abi al-Dunya). Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa mereka yang banyak mengingati mati ini sebagai manusia yang cerdik. Kisah ini diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa telah datang seorang lelaki Ansar bertemu Rasulullah yang sedang berkumpul dengan para sahabat baginda, lalu lelaki itu bertanya, ``Siapakah yang paling cerdik dan mulia wahai Rasulullah?'' Lantas baginda bersabda, ``Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati serta yang gigih membuat persiapan menghadapi kematian itu. Merekalah orang yang paling cerdik. Mereka meninggalkan dunia dengan kemuliaan dan menuju akhirat dengan keagungan.''(Riwayat Ibnu Majah dan Abi al-Dunya).Pernah suatu ketika Aisyah r.a. didatangi seorang wanita yang mengadu tentang kekerasan hatinya (tidak mahu melakukan amal kebajikan). Aisyah menasihati wanita tersebut, ``Banyak-banyaklah mengingati mati, tentu hatimuakan menjadi lembut.'' Wanita itu lalu melakukannya sehingga hatinya berubah menjadi lembut dan dia datang lagi mengucapkan terima kasih kepada Aisyah.Berbicara soal mati bukanlah untuk melemahkan jiwa umat Islam. Iasebenarnya sebagai motivasi dan dorongan supaya kita sentiasa melakukan pekerjaan dengan penuh amanah, ikhlas dan bertanggung jawab. Ini kerana kita tidak tahu bilakah kematian akan menjemput kita. Bagaimanakah nasib kita seandainya kita mati ketika sedang menerima rasuah, pecah amanah, menyelewengkan wang syarikat atau semasa asyik membuat maksiat dan kemungkaran? Apabila kita banyak mengingati mati, maka setiap pekerjaanyang kita lakukan akan terasa diawasi serta diperhatikan oleh Allah Taala. Adapun persoalan tentang alam selepas mati iaitu alam barzakh (alam kubur), ia juga adalah suatu kebenaran dan kepastian. Selain berhadapan dengan Malaikat Mungkar dan Nakir yang akan bertanyakan pelbagai soalan, kita juga akan dihadapkan dengan pelbagai situasi yang berbeza mengikut amalan kita.BerimanBagi `al-Mukmin al-`Amil' iaitu orang yang beriman dan beramal soleh, segala amalan baik mereka ditukarkan oleh Allah menjadi seorang teman yang paling disayangi dan dihormati ketika di dunia dahulu untuk menjadi temannyasepanjang masa di dalam kubur. Alangkah bahagianya bagi seseorang yang sedang keseorangan serta kesepian, tiba-tiba datang teman-teman daripada kalangan saudara-mara atau sahabat handai yang dikasihi mendampinginya.Lebih-lebih lagi ketika berada di alam kubur seorang diri, sudah tentu hilang rasa bosan dan terlupa masa yang begitu panjang berada di alam barzakh untuk menunggu kedatangan alam akhirat.

Komen:

Diceritakan dalam hadis-hadis bahawa sebelum amal soleh kita itu akan datang sebagai sahabat yang disayangi, terlebih dahulu sampai kepada kita bau-bauan serta haruman yang semerbak wangi yang dipakaikan oleh Allah kepada sahabat-sahabat yang datang menemui kita. Sahabat-sahabat yang datang dengan pakaian yang indah semerbak itu akan bertanya kepada ahli kubur yang beriman dan beramal soleh itu, ``Adakah kamu kenal siapa sebenarnya kami ini?'' Ahli kubur menyatakan bahawa mereka tidak mengenali siapakah orang-orang yang berpakaian indah dan harum semerbak itu. Lalu mereka berkata lagi, ``Sesungguhnya kami semua adalah amal-amal kamu yang soleh yang telah kamulakukan semasa di dunia dahulu dengan penuh ikhlas. Kami diutus Allah Taala menjadi temanmu sepanjang masa di alam kubur ini.'' Manakala bagi orang-orang yang derhaka dan melakukan kemungkaran terhadap Allah, keadaanmereka pula amat berbeza. Segala amal buruk mereka akan dijelmakan menjadi khinzir, ular, harimau, kala jengking dan binatang-binatang buas lain. Bayangkan apa yang akan terjadi jika seseorang itu dikurung di dalam sebuah kandang bersama seekor khinzir, ular, harimau dan binatang-bintang buas lain yang akan menyerang dan membahamnya pada bila-bila masa? Demikianlah nasib mereka yang banyak melakukan dosa. Segala maksiat yang dilakukan akanmenjadi bala kepada dirinya, menambahkan lagi azab sengsara di alam kubur, di samping azab yang didatangkan oleh malaikat disebabkan kegagalannya menjawab soalan-soalan yang diajukan terhadapnya. Marilah kita mengambil pengajaran daripada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, ``Tiga perkara yang mengikuti orang yang mati ke perkuburan: Kaum keluarganya, hartanya dan amal ibadahnya. Kaum keluarga dan hartanya kembali pulang dan amal ibadahakan turut mengikutinya (masuk ke dalam kubur).'' (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Oleh itu, dalam keghairahan kita mengejar kemajuan di dunia ini, jangan pula kita lupa untuk mengejar `kemajuan' di akhirat. Kemajuan yangseiring di dunia dan akhirat itulah yang dikehendaki dan dituntut oleh Islam.

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK & TIDAK REPUT

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawab Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang, maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu. Disebutkan oleh hadis Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra, sabda Rasulullah saw: "Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga". Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud: "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Komen:

sebagai seorang mukmin yang sejati, kita sebagai orang Islam harus bersyukur kepada allah kerana dikurniakan nikmat iman. oleh itu kita seharusnya beriman kepada Allah agar kita sentiasa mendapat keredaannya. jangan sekali-kali kita menduakannya kerana kelak kita akan mendapat balasan yang setimpalnya.

KELUASAN NERAKA YANG AMAT SANGAT

KELUASAN NERAKA YANG AMAT DASYAT

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubahmukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 " Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Komen:

sememangnya neraka telah diciptkan oleh Allah untun mereka yang sentiasa ingkar kepada perintah Allah. maka Allah telah jadikannya dengan pelbagai azab di dalamnya. bagi mereka yang sentiasa kufur dan tidak mengigati Allah, nescaya mereka akan mendapat belasan seperti yang telah ditetapkan seperti di dalam al-quran. oleh itu manusia perlu diingatkan supaya tidak melanggari hak-hak yang telah ditetapkan.