Haii.....asmekom..first saya nak kenalkan diri saya dulu..ruangan untuk permulaan ni pun tentang diri saya kan..ok, macam nama kat sebelah ni jugak, saya mohd azizan b. mohamad pawi. member-member panggil jije jer..sebelum ni orang panggil saya jang. p bila dah masuk U nam tu dah bertukar kepada jije. tau tak kenapa? sebab wujudnya nama jije ni kerana budak-budak kelantan lah. kalau betulnya jijang. so kalau ko orang nak tahu lebih lanjut ko kena banca buku fonotik dan nfonologi! Jije lahir dalam bulan enam tahun 1985 hari yang ke duabelas. pendidikan awal yang jije dapat dekat sekolah tadika kt kampung jije lah, kampung Felada Tersat. banyak pengalaman yang jije tak dapat lipu semasa duk tadika ni. rasa kelakar lak bila kenang balik.. korang nak tahu ek? macam ni satu hari tu adalah dua tiga orang pegawai kesihatan mai kat tadika tempat jije belajar. diaorang bagitahu nak bagi suntikan dekat tangan. bukan main gelabahlah jije masa tu.. nak dipanjangkan cerita lagi semua budak-budak hodoh dan sudah kena cocok. tinggal jije je lagi. jije makin cemas! "ah padan doh aku..orang lain abih belaka doh..nok wak gane dok tahu" detik hati kecil jije mase tu.. peluh mula membasahi seluruh tubuh jije ..angin dari tingkap yang tadi rasa segar bagai dipuput taufan yang menggila.. "Dik, mari sini.duduk atah kusi depan ni" pinta salah seorang pegawai wanita yang turut menjalankan misi yang membengankan aku! tapi cun jugak..huhuhu..
tibe-tibe lak air mata aku mula menitis..mula-mula tu sikit jer. lama-lama makin kuat bila pegawai tu "memkhejon" aku..tapi aku tak mengalah..aku kan anak felda. cikgu jije mula naik berang. dia sempat bagi warning tau.kalau jije tak terima suntikan tu, semua kawan-kawan jije tak dapat makan hari tu. sudah lumrah jije..tak boleh tengok kawan-kawan menderita kerana jije. ko tahu tak sampai ada budak pompuan melutut kat jije agar jije terima suntikan tu..huhu..lakhirnya tersungkurlah jije pada rayauan sikecil bermata kuyu itu..tapi jije tak kena cucuk kat tangan, tapi kat ibu kaki! huhuhu..malu....................... jije hari tu.. erm tulah pengalaman yang jije tak dapat lupa..ada nilai sentimentalnya yang tersendiri..

Lepas tamat sekolah rendah ngan sekolah menegah, akhirnya jije dapat masuk U. sebenarnya jije yakin sangat dapat masuk U. tapi dulu pengetahuan tentang U ni jije kurang la..jije ingat bile masuk U habis kurang mesti bleh jadi cikgu..rupanya tidak..kalu jije tahu dari dulu lagi jije dah buat yang terbaik..cita-cita jije sebenarnya nak jadi cikgu. tapi pa boleh buat dah tak ada rezeki..so jije ubah niat jije untuk jadi seorang pengarang. apa-apa kos pun tak penting. asalkan niat kita di landasan yang betul. untung jugak dapat masuk bidang sastera. pertama jije dapat jumpa kawan-kawan yang baik macam korang semua.


0 comments:
Post a Comment