CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 13, 2008

masalah suami isteri

Suami disimbah minyak panas kerana mahu bercerai
13/03/2008 3:43pm

KUANTAN 13 Mac — Seorang pemandu pelancong disimbah minyak panas di seluruh muka dan badan oleh isterinya di rumah mereka di Tanah Rata, Cameron Highlands pada Selasa lepas.
Timbalan Ketua Bahagian Jenayah dan Siasatan I Negeri, Supt Nordin Mustapha berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 37 tahun itu menyatakan hajat mahu menceraikan isterinya ketika dia pulang dari bekerja pada pukul 11 malam.
Beliau berkata, berang dengan kehendak suaminya, suri rumah yang berusia 28 tahun itu telah bertindak mengambil kuali berisi minyak panas dan terus menyimbah ke arah muka dan badan mangsa.
“Sebelum ini, isteri mangsa mengsyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain tetapi dia tidak menyangka akan diceraikan,” kata Nordin kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, melihat keadaan melecur suaminya wanita itu lantas membawanya ke Hospital Tapah untuk rawatan.
Menurut Nordin, wanita berkenaan ditahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan untuk siasatan selepas laporan dibuat oleh salah seorang anggota keluarga mangsa.
Dalam perkembangan lain Nordin berkata, lima orang termasuk dua wanita warga China berusia 20 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Lorong Seri Kuantan di sini semalam setelah dipercayai terlibat dalam pelacuran.
Tiga yang lain — dua lelaki tempatan berumur 30 dan 35 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 20 tahun — turut ditahan berkaitan kegiatan itu, kata beliau.
Katanya, polis turut menemui 12 kondom dan buku kecil dalam serbuan pukul 3.45 petang itu.- Bernamaq

komen:
banyak kes tentang masalah suami isteri. banyak faktor penyebab kenapa berlaku pertelingkahan ini. oleh itu semua pihak terutama pasangan menginsafi diri.

0 comments: