Mati adalah suatu yang pasti. Setiap makhluk yang bernyawa akan merasai kematian. Namun, marilah kita tanya diri sendiri, adakah kita sudah bersediakah kita menghadapi situasi yang pasti ini? Sesungguhnya kita tidak mengetahui bilakah tarikh dan saat kematian yang akan menjemput kita. Kita juga tidak mengetahui di bumi manakah nyawa kita akan dicabut. Beberapa ayat al-Quran menyebutkan keadaan ini, di antaranya: Firman Allah Taala, ``Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat melambatkannya barang sesaat pun, dan tidak pula dapat menyegerakannya.'' (Yunus: 49).Firman-Nya lagi, ``Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.''(An-Nisa: 78). Firman Allah Taala yang bermaksud, ``Dan tiada seorangpunyang dapat mengetahui di bumi (tempat) manakah dia akan mati.'' (Luqman:34).Dalam satu hadis Qudsi, Allah Taala berfirman, mafhumnya:
``Wahai anak Adam!Kematian itu adalah pintu, dan setiap manusia akan memasukinya.'' Inilah hakikat kematian, tiada manusia yang dapat melarikan diri darinya. Apa pun pangkat, darjat, kedudukan dan gelaran kita, namun malaikat Izrail akan mendatangi kita bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya apabila telah tiba detiknya. Bagi golongan sufi (ahli tasawuf), kematian adalahsuatu perkara yang mereka rindui dan nanti-nantikan. Ini kerana kematian adalah `jambatan' yang akan mempertemukan mereka dengan alam baru iaitu alam barzakh. Menurut pandangan ulama, di alam barzakh ini manusia sudah dapat merasakan hasil-hasil daripada segala amalan mereka sewaktu berada di alam fana (dunia) dahulu. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menggambarkan bahawa alam barzakh ini merupakan satu taman dari taman-taman syurga (bagi mereka yang beriman dan beramal soleh) atau ia juga akan menjadi satu jurang darijurang-jurang neraka (bagi mereka yang membuat maksiat dan derhaka).Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
``Seseorang ahli kubur itu akan diperlihatkan oleh Allah Taala tempat kediamannya di akhirat kelak. Sekiranya dia menjadi calon ahlisyurga, maka akan diperlihatkan syurga itu kepadanya pada setiap pagi dan petang. Sebaliknya jika dia menjadi calon ahli neraka, maka akan diperlihatkan kepadanya neraka itu pada setiap pagi dan petang.'' (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Rasulullah s.a.w. selalu mengingatkan umatnya tentang kematian serta persediaan menghadapinya. Hal ini dapat dilihat melalui hadis-hadis baginda yang banyak menyebutkan tentang hal ini.Baginda bersabda yang bermaksud, ``Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menimbulkan kezuhudan terhadap dunia.'' (Riwayat Abi al-Dunya). Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa mereka yang banyak mengingati mati ini sebagai manusia yang cerdik. Kisah ini diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa telah datang seorang lelaki Ansar bertemu Rasulullah yang sedang berkumpul dengan para sahabat baginda, lalu lelaki itu bertanya, ``Siapakah yang paling cerdik dan mulia wahai Rasulullah?'' Lantas baginda bersabda, ``Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati serta yang gigih membuat persiapan menghadapi kematian itu. Merekalah orang yang paling cerdik. Mereka meninggalkan dunia dengan kemuliaan dan menuju akhirat dengan keagungan.''(Riwayat Ibnu Majah dan Abi al-Dunya).Pernah suatu ketika Aisyah r.a. didatangi seorang wanita yang mengadu tentang kekerasan hatinya (tidak mahu melakukan amal kebajikan). Aisyah menasihati wanita tersebut, ``Banyak-banyaklah mengingati mati, tentu hatimuakan menjadi lembut.'' Wanita itu lalu melakukannya sehingga hatinya berubah menjadi lembut dan dia datang lagi mengucapkan terima kasih kepada Aisyah.Berbicara soal mati bukanlah untuk melemahkan jiwa umat Islam. Iasebenarnya sebagai motivasi dan dorongan supaya kita sentiasa melakukan pekerjaan dengan penuh amanah, ikhlas dan bertanggung jawab. Ini kerana kita tidak tahu bilakah kematian akan menjemput kita. Bagaimanakah nasib kita seandainya kita mati ketika sedang menerima rasuah, pecah amanah, menyelewengkan wang syarikat atau semasa asyik membuat maksiat dan kemungkaran? Apabila kita banyak mengingati mati, maka setiap pekerjaanyang kita lakukan akan terasa diawasi serta diperhatikan oleh Allah Taala. Adapun persoalan tentang alam selepas mati iaitu alam barzakh (alam kubur), ia juga adalah suatu kebenaran dan kepastian. Selain berhadapan dengan Malaikat Mungkar dan Nakir yang akan bertanyakan pelbagai soalan, kita juga akan dihadapkan dengan pelbagai situasi yang berbeza mengikut amalan kita.BerimanBagi `al-Mukmin al-`Amil' iaitu orang yang beriman dan beramal soleh, segala amalan baik mereka ditukarkan oleh Allah menjadi seorang teman yang paling disayangi dan dihormati ketika di dunia dahulu untuk menjadi temannyasepanjang masa di dalam kubur. Alangkah bahagianya bagi seseorang yang sedang keseorangan serta kesepian, tiba-tiba datang teman-teman daripada kalangan saudara-mara atau sahabat handai yang dikasihi mendampinginya.Lebih-lebih lagi ketika berada di alam kubur seorang diri, sudah tentu hilang rasa bosan dan terlupa masa yang begitu panjang berada di alam barzakh untuk menunggu kedatangan alam akhirat.
Komen:
Diceritakan dalam hadis-hadis bahawa sebelum amal soleh kita itu akan datang sebagai sahabat yang disayangi, terlebih dahulu sampai kepada kita bau-bauan serta haruman yang semerbak wangi yang dipakaikan oleh Allah kepada sahabat-sahabat yang datang menemui kita. Sahabat-sahabat yang datang dengan pakaian yang indah semerbak itu akan bertanya kepada ahli kubur yang beriman dan beramal soleh itu, ``Adakah kamu kenal siapa sebenarnya kami ini?'' Ahli kubur menyatakan bahawa mereka tidak mengenali siapakah orang-orang yang berpakaian indah dan harum semerbak itu. Lalu mereka berkata lagi, ``Sesungguhnya kami semua adalah amal-amal kamu yang soleh yang telah kamulakukan semasa di dunia dahulu dengan penuh ikhlas. Kami diutus Allah Taala menjadi temanmu sepanjang masa di alam kubur ini.'' Manakala bagi orang-orang yang derhaka dan melakukan kemungkaran terhadap Allah, keadaanmereka pula amat berbeza. Segala amal buruk mereka akan dijelmakan menjadi khinzir, ular, harimau, kala jengking dan binatang-binatang buas lain. Bayangkan apa yang akan terjadi jika seseorang itu dikurung di dalam sebuah kandang bersama seekor khinzir, ular, harimau dan binatang-bintang buas lain yang akan menyerang dan membahamnya pada bila-bila masa? Demikianlah nasib mereka yang banyak melakukan dosa. Segala maksiat yang dilakukan akanmenjadi bala kepada dirinya, menambahkan lagi azab sengsara di alam kubur, di samping azab yang didatangkan oleh malaikat disebabkan kegagalannya menjawab soalan-soalan yang diajukan terhadapnya. Marilah kita mengambil pengajaran daripada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, ``Tiga perkara yang mengikuti orang yang mati ke perkuburan: Kaum keluarganya, hartanya dan amal ibadahnya. Kaum keluarga dan hartanya kembali pulang dan amal ibadahakan turut mengikutinya (masuk ke dalam kubur).'' (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Oleh itu, dalam keghairahan kita mengejar kemajuan di dunia ini, jangan pula kita lupa untuk mengejar `kemajuan' di akhirat. Kemajuan yangseiring di dunia dan akhirat itulah yang dikehendaki dan dituntut oleh Islam.
Wednesday, March 12, 2008
Mengigat Mati
Posted by azizan pawi at 8:52 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment