Takala dirimu mula menghilang
rindu ini mula menyerang
ia datang tidak ku undang
bila ku usir tetap ia bertandang
Kelmarin
rindu itu datang lagi
tanpa aku layani dalam sedar diri
ia terus bermain
tanpa peduli
kocakan hati
Hari ini
rindu itu tetap bertandang
mengetuk jiwa sepi ini
lantas mengejut tidur memori
malam-malam yang tak bertepi
Esok
Ku harap rindu itu sudi kunjung lagi
datang dengan rentak-rentak langkahnya
biar menghampiri daku
dengan lemah lembut
memeluk jasadku
membisikkan sebuah kalimah
rindu dari ALLAH.
Komen:
sememangnya rindu itu sangat berat untuk ditanggung oleh seseorang. jadi tidak heranlah pemusi menulis puisi ini kerana dia berasa sedih lalu menukilkannya dalam bentuk puis.
Wednesday, March 12, 2008
RINDU
Posted by azizan pawi at 5:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment