CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 13, 2008

Sastera Mampu Membentuk Jati Diri


Ramai yang mempersoalkan kepentingan subjek kesusasteraan di sekolah dengan pertanyaan adakah masih reliven sedangkan kebanyakan pelajar dikatakan hilang minat terhadap subjek itu. Namun begitu ingin ditegaskan bahawa ia sebenarnya masih berguna dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk semangat, jati diri dan kebanggaan terhadap bangsa serta negara.
Dalam kesusasteraan, ia sarat dengan elemen atau mesej untuk memdidik generasi hari ini. Jikalau semua pihak hanya ingin menumpukan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, seolah-olah kita tidak lagi memikirkan tentang persoalan maruah bangsa dan akar budaya kita sendiri.
Kesusasteraan dengan pelbagai genre seperti sajak, cerpen dan novel, masing-masing mempunyai bentuk penyampaian berbeza tapi sama matlamat iaitu mendekati elemen kemasyarakatan melalui proses pembacaan. Sebeb itulah semua pihak wajar bimbang mengenai masa depan subjek ini. Jika ia terus dipinggirkan, seoalah-olah cuba membentuk masyarakat ‘kaku’ dan tidak berperasaan.
Komen:

Masih ada cara untuk menempatkan subjek ini di hati masyarakat terutama sekali generasi muda. Antaranya menggunakan garapan yang lebih mesra pembaca dengan memberikan konotasi yang lebih mudah difahami. Karya yang sukar difahami pasti member kesan kepada minat pembaca khasnya pelajar sekolah, tapi tidak bermakna ia tidak boleh dipermudahkan. Contohnya menggarap nilai sejarah melalui fiksyen seperti novel ternyata mampu membentuk kelompok minat tersendiri. Memang tidak semua yang meminati sejarah, tapi ia masih boleh diadaptasi dalam bentuk novel dengan pembinaan watak-watak.
Meskipun tidak mudah menulis novel sejarah kerana seseorang pengarang perlu membuat kajian, usaha berterusan, melakukan penyelidikan serta menyuntik elemen menarik boleh member kejayaan. Usaha ini bagaikan menghidupkan kembali sejarah lampau yang diberi suntikan baru berbentuk fiksyen untuk member kefahaman kepada pembaca dengan jalan yang lebih mudah.
Itulah yang boleh dilakukan bagi memastikan masyarakat menerima kesusasteraan. Biar padat, ringkas tapi mampu menyampaikan maksud. Malangnya, kebanyakan pihak terutama pengarang gemar menggunakan bahasa melankolik, sukar difahami dan sebagainya, sekaligus mengagalkan usaha menarik minat masyarakat untuk membacanya. Inilah kesilapan yang sering dilakukan hingga mencetuskan bukan sahaja polemik, tapi konflik minda dikalangan masyarakat keseluruhannya.

Tidak dinafikan, sastera tentulah bermain dengan bahasa. Tetapi permainan bahasa perlulah dilaksanakan dengan bijak. Tidak salah menggunakan bahasa mudah, malah ia semakin mudah untuk difahami. Bukankah itu lebih baik berbanding penggunaan bahasa sukar yang boleh menjauhkan masyarakat daripada elemen bahasa kebangsaan sendiri.

0 comments: