CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 6, 2008

Polis rampas 260kg dadah, tumpas sindiket antarabangsa
Oleh HANIZA HASSAN
JOHOR BAHRU 5 Mac -

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Johor melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa setelah merampas 45.8 kilogram (kg) dadah jenis ketamin dan 215 kg syabu bernilai RM44 juta di sini semalam.
Polis percaya dadah yang dirampas itu boleh menghasilkan sehingga 44 juta dos dan digunakan untuk tujuan dieksport ke luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin berkata, serbuan dilakukan serentak di sebuah kilang dipercayai memproses dadah di kawasan perindustrian Senai dan di sebuah premis di Taman Pelangi di sini pukul 3.10 petang.
Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas peralatan makmal memproses dadah berkenaan, empat buah kenderaan iaitu Proton Wira, Honda City, Honda Odessey dan Mitsubishi Storm selain wang tunai RM551,900.
"Pihak polis juga berjaya tahan 13 suspek iaitu enam warganegara Mexico, seorang Kanada, empat Singapura dan dua rakyat tempatan yang berusia antara 20 dan 50 tahun.
"Seramai 10 warga asing itu ditahan semasa serbuan manakala dua rakyat tempatan dan seorang lagi warga asing ditahan selepas pihak polis melakukan siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Zul Hasnan berkata, keenam-enam warga Mexico itu dipercayai berada di Malaysia sejak dua minggu lalu.
"Rampasan dadah itu merupakan pembongkaran makmal haram memproses dadah dan rampasan dadah yang terbesar bagi tahun ini," katanya.
Beliau berkata, semua suspek terbabit kini dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Zul Hasnan berkata, kejayaan itu hasil usaha gigih risikan polis JSJN Bukit Aman dan Johor dalam membanteras dan menyekat kegiatan pengedaran dadah agar matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara bebas dadah menjelang 2015 menjadi kenyataan.

Komen:

semakin hari kegiatan jenayah yang membabitkan penggunaan dadah semakin hari semakin berlelausa. pelbagai tindakan yang telah diambil dalam menangani masalah penyeludupan dadah ini. bahkan segala tindakan berat telah dikuatkuasakan. namun, mereka seperti tidak menghiraukan amaran yang telah berikan oleh kerajaan. mugkin tindakan yang disediakan oleh kerajaan.

0 comments: